PENGIKUT

Isnin, Februari 11, 2013

Ikhlaskan Hati

Ikhlas adalah kalimat yang sering kita ucapkan dan dengar dalam kehidupan sehari-hari. Dalam bahasa arab, orang yang ikhlas disebut sebagai mukhlis. Ikhlas didefinisikan oleh para ulama' sebagai 'beramal semata-mata kerana Allah.' Allah SWT berfirman: (Iblis) berkata: " Demi kemuliaanMu, aku akan pasti menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu daripada kalangan al-Mukhlasin di antara mereka". [TMQ Shad (38): 82-83] Al-Qurthubi di dalam tafsirnya mengatakan bahawa kalimat al-Mukhlasin di akhir ayat di atas adalah merujuk kepada orang-orang yang ditanamkan (dalam hatinya) keikhlasan oleh Allah SWT dalam mengabdikan diri kepadaNya [al-Qurthubi XV/229]. 

Oleh yang demikian, al-Mukhlasin yang disebutkan di sini bermaksud al-Mukhlisin (orang-orang yang ikhlas). Betapa tingginya kedudukan orang-orang yang ikhlas ini sehinggakan iblis pun tidak sanggup untuk menyesatkan mereka. Bahkan Saidina Umar Al-Khattab ra pernah bermunajat di dalam doanya, “ Ya Allah, jadikanlah amalku sebagai amal yang soleh, jadikanlah ia ikhlas semata-mata kerana wajahMu” (Fauzi Sanqarth, at-Taqarrub Ilallah, m/s 11). Malah, ramai para ulama' memberikan tumpuan yang luar biasa dalam perkara ini sehinggakan banyak buku-buku diterbitkan untuk membahaskan tentang makna sebenar ikhlas. 

Ikhlas Buahnya Adalah Ihsan Ikhlas adalah amalan kalbu (hati). Walaupun ia tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali Allah, namun ia dapat diukur melalui amalan zahir yang dilakukan oleh pelakunya. Perlu diketahui bahawa ikhlas bukanlah sekadar tidak melakukan riya’ dan sum’ah. Ketika kita ikhlas dalam beramal, yakni beramal semata-mata hanya kerana Allah, bererti kita perlu menunjukkan bahawa amal kita hanya dipersembahkan untukNya dan bukan untuk selain daripadaNya. 

Persoalannya, adakah sesuatu yang ingin dipersembahkan hanya untuk Allah itu dilakukan dengan ala kadar sahaja atau ian perlu dilakukan dengan penuh berkualiti, istimewa dan bersungguh-sungguh? Kita dapat melihat bagaimana seseorang yang ingin mempersembahkan sesuatu untuk orang yang dicintainya, tentu ia akan melakukannya dengan penuh bersungguh-sungguh dan dengan persembahan yang paling istimewa. 

Bukan dengan ala kadar, jauh sekali dengan kualiti yang buruk. Begitulah keadaan yang sepatutnya, jika seseorang yang ikhlas melakukan sesuatu perkara hanya untuk Allah sebagai satu bentuk penghambaan kepada penciptanya, tentu ia akan melakukannya dengan amalan yang terbaik dan yang teristimewa untukNya. Akhirnya, ikhlas yang terhasil akan membuahkan ihsan, yakni melakukan amalan yang terbaik sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Ikhlas Dalam Berdakwah Jika dikaitkan dengan aktiviti dakwah, ikhlas dalam berdakwah adalah merujuk kepada dakwah yang dilakukan secara berkualiti, terbaik dan penuh dengan kesungguhan. Seseorang da’i (pendakwah) yang ikhlas akan sentiasa melakukan dakwah yang berkualiti dan terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Pendek kata, ihsan akan tumbuh di dalam dirinya ketika ia melakukan dakwah. Ini adalah kerana aktiviti dakwah merupakan suatu kewajipan dan perintah daripada Allah SWT. Sebaliknya, jika da’i tersebut tidak ikhlas, maka ia akan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwahnya dengan tidak bersungguh-sungguh, ala kadar dan sekadar 'cukup syarat' sahaja. Seolah-olah, dakwah tersebut dilakukan bukan untuk Allah SWT. Dalam beberapa kitab, para ulama' telah menyimpulkan beberapa ciri da’i yang mana aktiviti-aktiviti dakwah yang dilakukannya tidak diiringi dengan keikhlasan kepada Allah SWT. Antaranya: 

 1) Hanya melakukan dakwah ketika waktu lapangnya sahaja. 

 2) Melakukan dakwah dengan sikap yang malas. Ia jarang sekali berdakwah ataupun sering mengabaikan dakwah. 

 3) Kalau pun ia berdakwah, ia akan berusaha melemparkan beban dan tanggungjawab sesuatu dakwah itu kepada orang lain.

 Jika ada kesempatan, ia akan cuba mengelak daripada sesuatu bebanan tugas dakwah yang diberikan kepadanya. 

 4) Tidak bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu tugasan dakwah yang diberikan kepadanya. 

 5) Mudah berputus asa dan mudah kecewa ketika menghadapi pelbagai ujian dan rintangan dalam berdakwah. Dengan merenung kelima-lima ciri di atas, seseorang yang mengaku dirinya sebagai hamlud dakwah (pemikul tugas dakwah) tentu dapat menilai dirinya sendiri, sejauh manakah dakwah yang dilakukannya itu ikhlas ataupun sebaliknya. Ini sekaligus dapat memastikan sama ada amalannya dapat diterima oleh Allah ataupun tidak. Amatlah rugi jika amalan yang dilakukannya itu ditolak oleh Allah SWT. Allah dan RasulNya telah menempatkan kedudukan yang tinggi dan terpuji bagi orang-orang yang mengerjakan amalan dakwah. 

Allah SWT berfirman: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (dakwah) kepada Allah dan ia mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku tergolong daripada orang-orang Muslim'” [TMQ Fushilat (41): 33] Rasulullah saw juga bersabda: “Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada petunjuk (al-Huda), maka baginya pahala yang setimpal dengan pahala yang ia lakukan (dakwah)” [HR Muslim] Justeru, dakwah sebenarnya adalah merupakan kewajipan (fardhu) bagi umat Islam dan bukannya amalan sunat. Bahkan, ia sekali-kali tidak boleh diganti dengan sesuatu kafarah (tebusan) apa pun jika ia ditinggalkan.

 Maka adalah wajar jika para Nabi dan Rasul menjadikan amalan dakwah ini sebagai misi di dalam hidup mereka. Hal ini dapat kita lihat daripada ucapan Nabi Nuh as, sebagaimana yang dirakam di dalam al-Quran: “Dia (Nuh) bekata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam'”. [TMQ Nuh (71): 5] Nabi Nuh as berdakwah menyeru kepada umatnya agar beriman kepada Allah SWT lebih kurang 950 tahun. Ia dilakukan pada siang dan malam tanpa jemu terhadap umatnya. Demikian pula yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad saw selama 23 tahun sejak baginda diangkat menjadi Rasul Allah. Ini semua menunjukkan betapa para Nabi dan Rasul mengerjakan amanah dakwah ini dengan penuh keikhlasan. 

Mereka mempertaruhkan usia, tenaga, fikiran, harta benda bahkan nyawa mereka di jalan dakwah. Moga-moga kita semua dapat memuhasabah diri masing-masing dengan melihat sejauh manakah keikhlasan kita dalam melaksanakan amalan dakwah dalam kehidupan seharian kita. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita tergolong daripada kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar mukhlis (ikhlas), yang senantiasa mengikhlaskan amalan dakwah semata-mata kerana Allah SWT, dengan mempersembahkan amalan dakwah yang terbaik untukNya.

Isnin, Januari 28, 2013

Selesai Isu Kalimah : Muzakarah Perlu Disegerakan

Pas menggesa mufti di setiap negeri supaya mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh hukum agama Islam bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, langkah itu perlu diperhalusi dan pemegang fatwa perlu lebih berhati-hati khususnya dalam memberikan maklum balas terhadap isu kalimah ALLAH yang kembali menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini. 

 "Kenyataan ini saya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan nama ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu. "...sebagai mufti dia sepatutnya menjadi penasihat bagi kerajaan kerana bidang kuasa mufti hanya terhad kepada negeri yang diwakili sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. 

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan umat Islam akan menjadi kafir sekiranya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH. Katanya lagi, sekiranya umat Islam membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan menyekutukan ALLAH. Harussani turut mendakwa, hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

 Justeru itu, beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.

Selasa, Januari 15, 2013

Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W


Jemputan ke TAMAN SYURGA lagi...!!


Ini merupakan pengajian berkitab yang pertama / Siri 1 - Kitab AQIDAH THOHAWIYAH oleh 'Baba Li'. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini..!! Dan insyaAllah ikutilah sehingga tamat pengajian ( Akan dibuat secara Kuliah bulanan... kumungkinan besar Sabtu Ke-3)

Mohon sahabat dan saudara yang mukhlisin sebar-sebarkan semoga usaha kecil ini terbawa ke akhirat..

Jazakumullah khairan kathiran..

ps/ - 'Baba' adalah gelaran bagi orang alim besar @ tuan guru di kawasan Selatan Thai dan Pattani... Bukan Baba Melaka.. Harap maklum..

Khamis, Januari 10, 2013

Ulamak PAS Bersama Rakyat di HKR 112


Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.


Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti. 

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

Isnin, Disember 31, 2012

Kuliah Jemputan Khas Di Baitul Qurra'


Rabu, Disember 26, 2012

Pas Wajar Jadi Pilihan Ummat Melayu

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menyifatkan hanya Pas sahaja yang selayaknya dipilih orang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurutnya, Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam berteraskan al-Quran, hadis, ijmak dan kias dengan menjunjung kepimpinan ulama amat bertepatan dengan pilihan masyarakat Islam yang dianuti majoriti orang Melayu di negara ini. Beliau berkata, bagi yang memahami perkara tersebut, orang Melayu sudah pasti menganggap tiada pilihan lain selain Pas. 

 “Orang Melayu tiada pilihan lain melainkan memilih perjuangan Pas yang berlandaskan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini. Sementara itu, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan terus menentang Umno dan menyifatkan orang Melayu yang menyokong parti itu sebagai mungkar. Menurutnya, kemungkaran itu berbeza dengan orang Melayu yang memilih PKR dan DAP dan mengaitkannya dengan kerjasama politik atau tahalluf siyasi. “Dalam konteks tahalluf, yang ada tahalluf dengan Pas iaitu DAP dan PKR, kita berbeza tentang kemungkaran, kezaliman,” katanya. 

 Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, Umno turut melakukan kemungkaran apabila tidak melaksanakan undang-undang Islam. Walaupun pimpinan Umno mengatakan mereka tidak menolak perundangan Islam, beliau menganggap tiada beza jika tidak melaksanakannya. “Di Terengganu masa Pas memerintah dan kita bentang untuk pinda undang-undang di Terengganu berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak dan kias dengan membentangkan lapan enakmen dalam Dun, yang bersetuju hanya Adun Pas sahaja, Umno dan BN tidak setuju.

 “Ini adalah contoh yang boleh diambil dan saya sangat setuju dengan kenyataan Mursyidul Am,” katanya. Beliau menegaskan, sekiranya rakyat mahu memastikan ketuanan Melayu dan Islam bertambah kuat, mereka perlu membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, tidak timbul isu hilang kuasa dan pengaruh Melayu kerana ia bukti sedia ada boleh dilihat di negeri yang ditadbir Pas di Kelantan dan Kedah./ Sinar 

Sabtu, Disember 22, 2012

Kenapa Hasan Al-Banna dibunuh???


Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat. IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Pale stin daripada kehancuran. 

Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948. Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang. Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv. British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. 

Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa. Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh. Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. 

Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang. Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab. Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

 ~Laman Tarbawi~

Amanat Haji Hadi: UMNO Terasa Pedasnya Cili ?

Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul. Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan. Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya. Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional. Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya.

 Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang. Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat. 'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk. UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir. 

 'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur. Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar. Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut: "Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah. 

 Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam." Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid. Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t.

 Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan. Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah. Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam. Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang. UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'. 'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut. Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu.

Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim. Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil. Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut. UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama? Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri. Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'. Mereka tidak terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama. Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik. 


Disediakan Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

TARBIAH: Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno!!!

 Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. Sebagaimana doanya “Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku dari kalangan orang yang dibeban hutang”. Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. 

Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hari ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas. Tidak ada istilah menganggur dalam menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran 

“Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku”. (Nuh 71:5) Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang paling unggul dan paling rajin di kalangan manusia. Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah.

 Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahan parti, tetapi malas bekerja. Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yang berada di dalam daftar pemilih. Setengah dari kalangan mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu. Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja. Ertinya apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang membuat masalah kepada parti. Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. 

Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul. Pemerhatian saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut “Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam”. Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT “Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya”. (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno. Mereka suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan kita berdegar-degar marah kepada Umno. 

Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti ” zero” Sebab Seorang Itu Pemalas > Seorang mejadi pemalas berpunca daripada sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah. > Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja. > Berkawan dengan orang yang malas. Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW “Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya”. > Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti. > Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti. 

Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita. 

Bergaul dengan orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan. Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang. Memberi semangat berjuang. Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda “bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa” 

 Disediakan Oleh: Al-Fadhil Ustaz Idris hj Ahmad

Rabu, Disember 19, 2012

Kembalinya lmam dan Ulama Masjidil Haram ke Rahmatullah

Arab Saudi berkabung atas pemergian Sheikh Mohammed bin Abdullah Al-Subail, imam dan pendakwah Masjidil Haram di Makkah. Solat jenazah telah dilakukan untuknya semalam diikuti solat zohor dan beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Al-Adel. Pada usia 92, beliau menghembus nafas terakhir pada petang hari Isnin,17 Disember pada dua hari yang lepas di Hospital Pengawal Kebangsaan di bandar Jeddah selepas tempoh beliau sakit di mana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

 Pemergiannya meninggalkan kesedihan yang besar dalam hati pengikut beliau yang bergegas menanti beliau di hospital untuk mengucapkan selamat tinggal kali terakhir. Selama lebih daripada 34 tahun, suara merdu Sheikh Mohammed Al-Subial yang alim telah menawan hati berjuta-juta umat Islam apabila membaca al-Quran dengan bahasa yang hebat. Beliau menghabiskan hidupnya dengan berkhidmat untuk Islam, raja dan negara iaitu sebagai pendakwah bekas dan imam Masjidil Haram di Makkah, Presiden Ketua-Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabi, ahli Majlis Ulama Kanan Agama dan sebagai ahli kompleks perundangan Islam serta banyak jawatan lain. 

 Ketua Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, yang ditawarkan mengimamkan solat keatas beliau bersama rakyat, berdoa untuk dirinya dan memuji usaha gigih si mati selama lebih daripada 30 tahun dalam perkhidmatan Dua Masjid Suci . Anak sulung Allahyarham Imam Abdul Aziz Al-Subail, penasihat utama kepada Menteri Pelajaran, menyifatkan bapanya sebagai seseorang yang berharga setelah melaksanakan banyak kebaikan termasuk kitab-kitab yang beliau telah karang yang sangat bernilai dan bermanfaat kepada ramai umat Islam di seluruh dunia. ~alfatihah untuk Sheikh Mohammed bin Abdullah Al-Subail

Seminar Fiqh Maqasid 2012




Jumaat, November 23, 2012

Tokoh Ulama Melaka : Syeikh Abdul Lathif Tambi

Salah seorang ulama besar Melaka yang pernah menjadi kader Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, tokoh ulama Melayu di Makkah ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi. Syeikh Abdul Latif bukan sahaja mengikuti jejak langkah gurunya itu dalam bidang penulisan tetapi juga turut aktif dalam bidang percetakan dan penerbitan kitab-kitab. Tokoh ulama yang berasa dari Melaka ini dilahirkan di Kampung Teluk Mas, Melaka pada tahun 1872 Masehi bersamaan dengan 1288 Hijriyyah. 

Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin (Haji Tambi) bin Muhammad Shalih al-Malakawi at-Tankirawi. Gelarannya ialah Bahauddin. Gelaran ini diberikan oleh seorang ulama besar Melaka yang hidup sezaman dengan beliau iaitu Syeikh Ahmad bin Abdur Rauf. Asal-usul nenek moyangnya dikatakan berasal dari India. Walaupun dilahirkan di Melaka, usia kecilnya banyak dihabiskan di Singapura. Keluarganya sangat memberi perhatian kepada pendidikan agama. Lantaran itu, ketika beliau berusia 8 tahun, beliau sudah dihantar oleh ayahandanya ke Makkah untuk menimba ilmu di sana. 

Beliau menadah kitab kepada ulama-ulama besar di Makkah selama 20 tahun. Di antara ulama-ulama dunia Melayu yang menjadi guru-gurunya di Makkah ialah seperti Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani, Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Shabir Mandailing dan Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau. Diriwayatkan bahawa beliau turut terlibat membantu gerakan Jam’iyatul Fathaniyah yang dicetuskan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fatthani yang kemudiannya mendapat tempat di Makkah, Mesir, dan Turki. Beliau turun semula ke Alam Melayu pada tahun 1900. Di Singapura, beliau mula mengajar ilmu agama di ruang kecil di kedai kain milik ayahnya dan juga di kediamannya. Dikatakan bahawa selain mengajar, beliau turut mengusahakan perniagaan kain seperti ayahandanya. Dalam kesibukannya mengajar dan berniaga, beliau tidak lupa untuk turun berdakwah. 

Beliau dikatakan pernah turun berdakwah hingga ke Pulau Pinang, Medan, Surabaya dan Bandung. Menyedari bahawa percetakan kitab sangat penting pada waktu itu untuk tujuan penyebaran ilmu maka beliau telah menubuhkan dua syarikat percetakan iaitu satu di Singapura dan satu lagi di Melaka. Syarikat percetakan di Singapura dikenali dengan nama Lathifiyah Press, 768 yang terletak di North Bird Road, Singapura manakala syarikat percetakan di Melaka dikenali dengan nama Mathba’ah Al-Lathifiyah Al-Malakawiyah yang beroperasi di Terengkera, Melaka. Beliau turut menjalinkan hubungan perniagaan dengan ramai peniaga di Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Medan, Tanjung Pinang (Kepulauan Riau), Surabaya dan Bandung. 

 Diriwayatkan bahawa beliau gemar memakai tarbus dan merupakan seorang yang sangat dermawan. Kupasan yang menarik dan berkesan menyebabkan kuliah pengajarannnya sentiasa sahaja penuh dengan para penuntut ilmu. Ramai anak muridnya menjadi tokoh masyarakat antaranya seperti Ustaz Hasyim Yunus yang pernah menjadi pengarang Warta Malaya, Haji Junaid bin Imam Haji Ibrahim, Ustaz Muhammad bin Muhammad Sa’id dan ramai lagi. Syeikh Abdul Lathif Tambi termasuk dalam kelompok ulama Kaum Tua yang berpegang teguh mengikut Mazhab Syafi’i dan Ahlus Sunnah wal Jamaah. 

Perkara ini telah diyatakan olehnya di muka hadapan kitab yang dikarangnya sendiri iaitu Hidayatur Rahman seperti berikut, “Dinamakan dia Hidayatur Rahman pada menyatakan segala arkanul iman karangan al-Imam al-Fadhil al-Haj Abdul Lathif bin al-Haj Tambi negeri Melaka kejadiannya, Kampung Tengkera kediamannya, Syafi’i mazhabnya, Asy’ari aqidahnya. Dihapuskan kiranya oleh Allah Ta’ala segala kesalahannya dengan kemegahan Nabi Muhammad saw”. Kajian yang dibuat oleh Md Sidin mendapati bahawa Syeikh Abdul Lathif Tambi ada mengarang kira-kira enam buah kitab. Kitab-kitab tersebut adalah seperti berikut,

 1. Syair Bandung – Kitab syair ini diriwayatkan telah dikeluarkan oleh al-Ikhwan Press pada tahun 1917. 

2. Hidayatur Rahman – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada hari Isnin, 15 Jamadilawal 1318 H/1900 M. Kandungannya membicarakan tentang akidah menurut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kitab ini dicetak buat kali ketiga oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Mathba’ah al-Lathifiyah al-Malakawiyah, Melaka pada akhir Syawal 1348 H. 

3. Tazkiratus Sunnatil Basyar bi Ahkami Itsna `Asyar (Rangkapan) – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada malam Sabtu, 13 Rabiulakhir 1343 H/1924 M. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba`ah Al-Ahmadiah yang beroperasi di 50 Minto Road, Singapura, 25 Jamadilakhir 1344 H. Kandungan membicarakan beberapa masalah dan berbagai-bagai disiplin ilmu Islam terutama sekali beberapa pertikaian pendapat atau khilafiyah dalam Islam. 

Pada setiap perbahasan di beberapa tempat disebut kitab-kitab rujukan dalam bahasa Arab dan demikian juga kitab-kitab Melayu/Jawi lengkap dengan tahun cetakan dan halaman permasalahan yang dipetik. Antara kitab yang dirujuk ialah Bidayatul Hidayah (dikarang oleh Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Acheh cetakan tahun 1333 H) dan Ad-Durruts Tsamin (dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani cetakan tahun 1338 H) mengenai perbahasan akidah; Mathla’ul Badrain (dikarang oleh Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani) dan Furu`ul Masail jilid kedua (dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani cetakan tahun 1307 H) mengenai perbahasan fikah; dan Sairus Salikin jilid ketiga (dikarang oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani cetakan tahun 1309 Hijrah) dan Hidayatus Salikin (dikarang oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani cetakan tahun 1340 Hijrah) mengenai perbahasan tasawuf.

 4. Risalah Buat Sementara Yang Sebenarnya Kelak Ketara – Kitab ini diselesaikan penulisannya pada hari Jumaat, 23 Jamadilawal 1354 H/26 Ogos 1935 M). Ia dicetak oleh Lathifiyah Press, Singapura, tanpa tarikh. Kandungannya membicarakan perkara khilafiyah dan merupakan lanjutan atau memperkukuh sebuah karya yang ditulis oleh al-Alim al-’Allamah Syeikh Abdul Muhaimin bin Abdul Aziz al-Lasami (Lasem). 

5. Dalailul Khairat – Menurut Almarhum Tuan Guru Haji Wan Mohd Saghir Abdullah, kandungannya belum diketahui namun judulnya diperolehi melalui iklan Al-Ahmadiah Press pada halaman belakang risalah Ibu Di Dalam Rumahnya yang dikarang oleh Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan Riau, cetakan tahun 1926 M.

 6. Qiblah Dalail al-Hairan fi Jawazi Hadmi Masjid as-Sulthan – Judul ini diketahui melalui karya beliau berjudul Tazkiratus Sunnatil Basyar bi Ahkami Itsna `Asyar (Rangkapan). Judul ini ditulis barangkali ada kaitan dengan peristiwa perombakan Masjid Sultan Singapura seperti yang diungkapkan dalam majalah Qalam pada ketika itu. 

Ulama yang hartawan lagi dermawan ini menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat pukul 2.30 tengah malam, 17 Rejab 1358 H/1 September 1939 M dalam usia 67 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Tengkera, Melaka. 

 Rujukan utama 

1. Wan Mohd Saghir Abdullah. 2004. Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih, dermawan. Ruangan Bicara Agama. Utusan Malaysia. Terbit pada 1 Mac 2004 

2. Md. Sidin Ahmad Ishak. 1998. Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu 1807-1960. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Nak Bantu Palestin ??


Ketetapan dan Pendirian Majlis Syura Ulamak


Murtad Jika Perlekeh Islam

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. 

 "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. 

 Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

 "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi. Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

 "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang. 

 Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: 

 1. “Hukum apa ini?” 

 2. “Hukum ini sudah lapuk.”

 3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.” 

 4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.” 

 5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

 6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?” 7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

 8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

 9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya. 

 10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

 11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya. 

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. 

 13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Selasa, November 20, 2012

Doa Kehancuran UMNO / BN Relevan

Oleh: Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat). 

Doa untuk menghancur dan menjahanamkan UMNO-BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam arena politik Malaysia, PAS dan UMNO sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh UMNO-BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh. Dasar UMNO-BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan UMNO-BN selama ini. 

UMNO-BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan. Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan UMNO-BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W. Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya UMNO-BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya. Hancurnya UMNO-BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya. Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan UMNO-BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini. Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. 

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.

Mencipta Kemenangan

Untuk Capai Kemenangan: 


 1.Kita kurang bercakap, banyak bekerja. 

 2. Buatlah kerja yang boleh membantu Jamaah. 

 3. Jangan jadi perosak parti.

 4. Jangan hanya cari salah orang yang bekerja. 

 5. Malulah kita kepada sahabat yang rajin bekerja.

 6. Kalau kita malas jangan pula hina orang yang rajin. 

 7. Jangan ada mesyuarat dalam mesyuarat.

 8. Jangan pula mesyuarat dengan ahli mesyuarat tingkap. 

 9. Wala' dengan keputusan, kerana keputusan Jamaah bukan dibuat oleh seorang. 

 10. Kalau takut di saf depan, bekerja di saf belakang.

 11. Takut berjuang, beranilah sumbang harta. 

 12. Fikirlah kebaikan dan sumbangan sahabat yang sedang berjuang.


 ~Al-Fadhil Ustaz Idris Ahmad~

Perbahasan Usul Dewan Ulama' PAS Pusat

Perbahasan Usul oleh al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain mewakili Dewan Ulama' PAS Pusat:

 "Kemenangan paling awal sebelum kita menempuh Putrajaya adalah apabila kita meletakkan sepenuh usaha kita bagi kita pastikan kita di antara tenaga yang menyokong dan membantu ke arah kemenangan". "Kita tidak mahu jadi ahli PAS yang hanya bersemangat tetapi apabila diminta untuk memberikan khidmat dari segi harta, tenaga untuk membantu kemenangan Islam, tiba-tiba orang yang paling bersemangat inilah yang menjadi orang yang paling jauh memberikan sumbangan, harta tenaga kepada perjuangan Islam". "Kemenangan paling awal adalah apabila seluruh ahli PAS menjadi ahli yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk memastikan kemenangan Islam yang bakal terhasil selepas ini akan menjadi satu kemenangan yang disambut oleh seluruh ahli PAS". "Kita perlu letakkan kemenangan ini adalah apabila diperkenankan oleh Allah SWT. Menjadi kegusaran apabila kita meletakkan Islam ini perlu disorokkan sementara waktu dalam mendapatkan kemenangan. Kita adalah satu kaum yang diberikan kemenangan atas dasar Islam (kalam saidina Umar)".

 "Maka atas dasar itu Dewan Ulama' PAS Pusat meminta kepada seluruh perwakilan untuk tidak meletakkan perjuangan Islam ini, hukum hakam syara' ini sebagai perkara kedua, ketiga dan keempat, bahkan kita sebagai umat Islam yang meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, kita mahukan apabila kita menang nanti kemenangan yang membawa kepada kita dapat melaksanakan syariah Allah SWT". Aqidah kemenangan Apabila kita meletakkan kemenangan itu atas dasar Islam. Aqidah kemenangan apabila kita melakukan sebarang perkara yang membawa kepada kemenangan. 

Nabi SAW bersabda di dalam sepotong hadis pernah menyatakan:- 

 أَخْبَرَنَا عُثْمَانُ ، قثنا أَحْمَدُ بْنُ مُلاعِبٍ ، ثنا أَبُو غَسَّانَ ، قثنا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ عَبْدِ الأَعْلَى ، عَنْ بِلالِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " مَنْ طَلَبَ الْقَضَاءَ وَاسْتَعَانَ عَلَيْهِ وُكِلَ إِلَيْهِ ، وَمَنْ لَمْ يَطْلُبْهُ ، وَلَمْ يَسْتَعِنْ عَلَيْهِ أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْهِ مَلَكًا يُسَدِّدُهُ " . 

 Inilah aqidah kemenangan Islam, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menuntut memohon untuk meminta sesuatu jawatan dalam kenegaraan, maka urusan pemerintahan itu akan diserahkan kepada dia semata-mata tanpa sebarang bantuan daripada Allah SWT. Manakala apabila seseorang itu tidak memohon sebarang jawatan tetapi dia diamanahkan untuk menerima jawatan tersebut, lantas dia memegang jawatan tersebut maka Allah SWT akan mengutuskan seorang malaikat yang akan memastikan segala pergerakan pemimpin ini didasari atas dasar kebenaran dan mendapat taufiq daripada Allah SWT". Atas dasar itu, Dewan Ulama' PAS Pusat ingin memberikan peringatan kepada seluruh calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihanraya akan datang supaya calon-calon ini meletakkan bahawa sebenarnya urusan kepimpinan itu sebenarnya merupakan satu AMANAH dan Rasulullah SAW pernah bersabda: “وهي الندامة في يوم القيامة” urusan pemerintahan ini kalau tidak dipegang dengan syariat, tidak dipegang atas dasar amanah akan mengundang malapetaka daripada Allah SWT di hari akhirat kelak. 

 Atas dasar itu, Dewan Ulama' PAS Pusat memohon kepada para kepimpinan PAS untuk melihat sebarang tindakan mana-mana calon yang meminta mana-mana jawatan tersebut atau melobi agar mereka dijadikan sebagai calon, Dewan Ulama' PAS Pusat meminta agar calon-calon ini tidak akan dijadikan sebagai calon pilihanraya akan datang. Apa guna kita mempunyai kemenangan tetapi kemenangan yang tersasar dari perjuangan Islam. Meminta jawatan bukan satu perkara yang dituntut oleh Islam. Sistem cacak bendera, cacak khemah di tempat-tempat bukan kita, atas dasar untuk mencari publisiti agar dijadikan sebagai kepimpinan merupakan satu perbuatan yang sangat tidak beramanah, dan bercanggah dengan apa yang diajar oleh baginda SAW. Dewan Ulama' PAS Pusat berusaha untuk memastikan sebarang kemenangan yang akan dihasilkan oleh Allah (biiznillah) dalam perjuangan Pilihanraya akan datang akan menjadi satu perkara yang diisi dengan kemenangan berdasarkan syariat. 

Atas dasar itu, apabila yang ingin dibawa adalah sebuah negara yang menjadi makmum kepada Allah, yang tunduk dan patuh kepada Allah, maka sepatutnya yang menjadi kepala tertinggi dalam negara tersebut adalah orang paling mengetahui terhadap hukum hakam Allah SWT. Agar kerajaan yang didasari dengan Islam ini akan terus mara ke hadapan tanpa disusuri dengan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, atau mengundang dengan penyalahgunaan kuasa ataupun bercanggah dengan kehendak Allah. Maka tuan-tuan yang dirahmati Allah, saya ingin bertanya dengan seluruh perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia akan datang kalau bukan Tuan Guru Presiden kita. 

 Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliaulah orang yang paling layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri bagi Malaysia akan datang dan kita sebagai abnaul harakah, sebagai anak didik kepada Parti Islam Semalaysia. Tidak sepatutnya kita boleh berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat dan kita meletakkan satu keyakinan bahawa Tuan Guru Presiden kita adalah seorang yang begitu berkaliber untuk memimpin sebuah negara lantas mengundang apa yang disebutkan 'Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur", Sebuah negara yang baik lantas membawa dengan dasar kerahmatan dan pengampunan dari Allah SWT... 

 Ustaz Hairul Nizam Mat Husain Perwakilan Dewan Ulama' PAS Pusat, 
 Perbahasan Ucapan Presiden PAS, Muktamar Kali ke-58 PAS Pusat.

TAHALUF SIASI Dalam Gerakan Islam


Hukum TAHALUF SIASI Dalam Gerakan Islam:

PENGERTIAN TAHALUF SIASI:-

Bekerjasama dengan organisasi lain atau gerakan-gerakan lain yang tidak bermatlamatkan islam untuk membina sebuah kerajaan. Kerjasama ini berlaku terhadap apa jua bidang yang telah dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama.

HUKUM TAHALUF SIASI:-

Ulama’-ulama’ gerakan telah memberi pandangan yang berbeza dalam mengeluarkan hukum bekerjasama dengan gerakan atau organisasi yang tidak bermatlamatkan perjuangan islam.

1. HARAM

Antara ulama' yang mengharamkan Tahaluf siasi antaranya adalah Syeikh Muhammad Qutb dan Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah. Ini berdasarkan beberapa hujah dan dalil :

Firman Allah SWT:

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ

Yang bermaksud: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. 
Surah al-maidah ayat 51dan52.

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam.

Firman Allah :

يَسْـئَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَـفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْـئَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذلِكَ يُبيّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَـتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud : “Mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi. Katakanlah, pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu supaya kamu berfikir”. 
(Surah al-Baqarah ayat 219).(2)

Berdasarkan ayat di atas “الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَـفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ”, ayat ini menerangkan berkenaan pengharaman arak dan judi. Jika kita lihat dari sudut tahaluf siyasi, bekerjasama dengan kaum bukan islam kemungkinan akan mendatangkan manfaat dari beberapa sudut, akan tetapi di lihat dari sudut yang lain iaitu kearah menegakkan hukum-hukum Allah, ianya pasti tidak akan tercapai. 

Maka kesimpulannya, kerjasama dengan dua gerakan yang berbeza akan menyebabkan terencatnya usaha gerakan islam dalam menegakkan daulah islamiyah. Oleh itu kerjasama ini adalah haram kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudharat daripada mendapat manfaat. 

2. HARUS

Para Ulama’ Haraki telah mengharuskan tahaluf siasi dalam gerakan islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban.(4) Keharusan tahaluf siyasi dengan kerjasama gerakan yang bukan islam boleh di bahagikan dalam beberapa perkara dan hujah-hujahnya.


Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).

Pertama : 

BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.

Adalah dibenarkan kepada seorang pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da’awiyah dan penda’wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah berterusan. Namun, keharusan itu di syaratkan dengan beberapa perkara :

* Orang bukan islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da’wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda’wah.

Contoh keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:

1.Nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib

Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi Nabi tetap tegas untuk menjalankan da’wahnya. Melihat pendirian Nabi SAW, berkata Abu Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu suka(da’wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa juga selama-lamanya”

Berkata Imam Ibnu Kathir : " Hikmah yang bgitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu TAlib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.

Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.

Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.

2. Nabi SAW dengan Al-Najasyi (seorang Nasrani)

Setelah bertimpa-timpa ujian yang di hadapi kaum muslimin mekah sehingga sampai ke tahap akidah mereka di permain-mainkan, Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Al-Habsyah negeri yang di perintah oleh seorang raja yang bernama An-Najasyi, beragama Nasrani, orangnya adil dalam memerintah negara.

Penghijrahan ini membuktikan bahawa harus bagi kerajaan islam atau individu muslim meminta bantuan daripada bukan Muslim dalam misi menjaga Dakwah Islam, maslahah muslimin ketika suasana dharurat atau hajat syar’iyah.

Banyak lagi contoh yang boleh di ambil sebagai panduan yang menyatakan bahawa harus dalam bertahaluf siasi dengan bukan islam, seperti sahabat-sahabat Nabi meminta perlindungan daripada sanak saudara yang kafir dari serangan musyrikin Mekah.

Jadi, kesimpulannya adalah HARUS bagi kerajaan islam dan individu muslim untuk meminta bantuan atau pertolongan daripada bukan islam bagi tujuan memelihara dakwah islamiah dan diri pendakwah apabila di perlukan apatah lagi ketika darurat demi maslahah Islam. 

Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :

Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merialisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Kedua :

BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK:

Para fuqaha telah berijma’ mengenai hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera muslimin.

Berkata Ulama’ Hanafi, Maliki, Syafi’ dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad,tetapi di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.(6)

Ketiga : 

KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'

Contohnya akidah dan perundangan (hudud). Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

Keempat :

MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM 

Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka

1. Wajib menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2. Di berikan sejumlah daripada ghonimah
3. Memelihara keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka

Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim

1. Berperang dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2. Membekalkan senjata kepada bukan muslim
3. Memberikan gelaran syahid kepada mereka

JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN TAHALUF SIASI

Terdapat dalil-dalil dan pandangan yang boleh di jadikan hujah untuk menolak golongan yang mengharamkan tahaluf siasi, antaranya ialah :

1. Berdasarkan ayat al-Quran yang digunakan sebagai hujah iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. 

Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Konsep tahaluf siasi tiada kena mengena dalam ayat ini tetapi ianya di tujukan kepada orang yang keluar dari gerakan Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Berdasarkan ayat 219 dari surah al-Baqarah, ianya juga tiada kaitan dengan pengharaman tahaluf siyasi. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti islam seperti Mesir, Yaman dan Negara islam yang lain manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Jadi di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,mestilah di lihat dan di kaji serta dipertimbangkan berdasarkan keadaan semasa yang berlaku.

KESIMPULAN 

Sebagai kesimpulan di atas, dapatlah di fahami bahawa hukum bekerjasama dengan bukan islam adalah HARUS dari sudut syara’ selama mana ia memberikan kemaslahatan umum mengatasi kemudharatan.

Disediakan oleh :

FELO MANHAL PMRAM
1. Dayang Siti Nuraini binti Awang Damit Yahya
2. Syahidatul Akmal binti Mohd Dahlan
3. Hanisah binti hj. Muslim
4. Nor Eina binti Md. Ali

______________________________________________________

RUJUKAN:-

1. Al-Quran al-Karim, surah al-Maidah ayat 51dan52
2. Al-Quran al-Karim. Surah al-Baqarah ayat 219
3. Kitab Waqiunal Maasir oleh Muhammad Qutb (2004),(m/s 465)
4. Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban, kitab al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, (m/s 114-116)
5. Majalah As-Syari’ah Wa Ad Dirasat Al-Islamiyah,tajuk:Al-Isti’anah Bi al-Kuffar,Dr Muhammad Uthman Shubair,m/s(242),cetakan Universiti Kuwait,tahun:1407H/1987M
6. Al –Bidayah Wa An-Nihayah,Ibnu Kathir,(3/41),cetakan ;Dar al- Maarif,Beirut,tahun 1980
7. Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2, (m/s 69-70)